Thursday, August 11, 2011

Dunia Kita Hari Ini

Free 2 jam ari ni...So, amek masa kejap untuk baca paper online. Antaranya yang menarik perhatian :
a) Krisis Ekonomi. PRU takkan berlaku tahun ini.
b) Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa.
c) Makan malam mencurigakan

Mcm2 hal berlaku dalam dunia ni yang mana tiba2 akal fikiran aku ni menghala ke suatu "sudut" dalam  kotak pemikiran aku  ini.  Tiba2 je teringat satu hadis Nabi SAW untuk dikongsi bersama.

Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian" [H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]
Sekarang kita berada di mana???

Kita sekarang berada di Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan.


Ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :
  1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.
  2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang
  3. Ibadah sangat lemah, solat, puasa dan membaca Al-Quran tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau bahkan tidak di amalkan sama sekali.
  4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam.
  5. Orang kaya sangat kedekut dan bakhil, manakala orang miskin tidak sabar dan hasad dengki.
  6. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dan merebak ke dalam hati umat Islam.
  7. Kemungkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi di kalangan masyarakat yang bukan Islam.
  8. Akhlak umat Islam sangat lemah dengan berleluasanya hasad dengki, umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-mencaci dan saling mengkafirkan sesama umat Islam.
  9. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga harga diri.
  10. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, pengubatan, pertanian, dan lain-lain, sehingga umat Islam terpaksa bergantung pada sistem kufur dan sistem buatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
  11. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.
  12. Terjadi gejala-gejala buruk dan keji di tengah-tengah masyarakat Islam seperti homoseks, lesbian, dan sebagainya.
Sekarang ni mmg dah byk pun terjadi perkara2 tersebut...So, marilah sama2 kita menghindarkan diri kita dari menjadi seperti yang dikatakan dengan mengamalkan ajaran Islam yg sebenar berpandukan al-Quran dan As-Sunnah. Sama2 jaga akidah kita. Ingatlah bahawa kita ada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita dalam menjalani hidup ini. Semoga kehidupan kita diredhai oleh Allah SWT.
Related Posts with Thumbnails