Sunday, May 22, 2011

Sifat Solat Nabi Yang SAHIH

Assalamualaikum...

Tahun lepas, ada la beli sebuah buku ni...Karangan Allamah Syeikh Hassan al-Saqqaf al-Quraisy al-Hasyimi yang diterjemahkan oleh Ustaz Zamihan Hj.Mat Zin al-Ghari yang merupakan anak murid Syeikh Hassan sendiri.


Buku ni dalam 313 muka surat yang merangkumi tajuk2 berkaitan solat terutamanya "Ciri2 Solat Nabi Yang Sahih". Banyak perkara2 sunat yang biasanya kita tak lakukan dalam solat tp Nabi buat perkara tu...So, memang sesuai la baca buku ni utk kita mempertingkatkan kualiti solat kita.

So, dlm post kali ni nk kongsi la serba sedikit apa yang telah aku dapati dalam pembacaan sebelum ni. Mudah-mudahan kita sama2 beroleh rahmat dan berkat. Amin...

1. Sunat angkat kedua tangan pada 4 tempat 
a) Takbiratul Ihram
b) Sebelum hendak rukuk
c) Iktidal
d) Selepas bangun dari tasyahhud awal

2. Kedudukan jari-jemari dalam solat. 
a) Ketika angkat kedua tangan pd 4 tempat diatas - Jari-jemari dibuka dan tidak dirapatkan.
b) Ketika rukuk - Sunat jari-jemari tidak dirapatkan.
c) Ketika sujud - Sunat untuk dirapatkan dan dihadapkan ke kiblat.
d) Ketika duduk antara dua sujud - Sunat dirapatkan jari-jemari.
e) Ketika bertasyahhud - Rapatkan jari tangan kiri. Bagi tangan kanan, lakukan isyarat telunjuk.

3.  Tentang meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri selepas takbiratul ihram.
a) Letak di atas pusat sedikit. Bukan betul2 di atas pusat. Tangan di antara pusat dan dada.
b) Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri.

4. Sunat pejam mata klu ia membantu tambah kekhusyukan dalam solat dan menenangkan hati.

Untuk hari ini, setakat ini dulu. Nanti aku akan sambung perbincangan ini dalam post2 yang seterusnya. InsyaAllah...Selamat Beramal!
Related Posts with Thumbnails